Penderhakaan Yang Wajib Diperangi Bughat

Penderhaka yang wajib diperangi di dalam sesebuah negara adalah tertakhluk kepada beberapa syarat :

  1. Mereka yang telah mempunyai kekuatan dan yang telah berterus terang secara terbuka menentang pemerintah/kerajaan.
  2. Mereka yang telah keluar dari tadbiran Ulil Amri dan telah membentuk pemerintah/kerajaan yang lain dan telah melantik seorang Imam lain pula.
  3. Terdapat panda mereka kekeliruan faham, dimana mereka menganggap bahawa mereka boleh keluar dari kawalan dan tadbiran Imam.
  4. Setelah diajak berunding dengan bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Ali terhadap Ahli Jamal dan kaum Khawarij.
  5. Mereka telah mengadakan kekacauan dalam negeri, seperti membakar, membunuh, mengadakan huru hara dan sebagainya.

Orang-orang Islam yang menetang dan menderhaka terhadap Imam yang adil dan keluar daripada pemerintahannya wajib diperangi sehingga mereka itu kembali taat setia kepada pemerintahannya. Sepertimana yang telah dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar yang telah memerangi mereka yang enggan membayar zakat.